Pemandu, kelindan lori maut nahas 3 kenderaan berat

Pemandu, kelindan lori maut nahas 3 kenderaan berat

Pemandu, kelindan lori maut nahas 3 kenderaan berat
Nahas dua treler dan lori yang mengorbankan pemandu dan kelindan lori di Lebuhraya PLUS, pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

MUAR: Pemandu dan kelindan maut selepas tersepit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan berat di Kilometer 129.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) dekat Yong Peng awal pagi tadi.

Nahas jam 6 pagi membabitkan dua treler dan lori dengan mangsa maut adalah pemandu dan kelindan lori.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 52 tahun menuju ke Johor Bahru.

Katanya, treler terbabit kemudiannya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi treler yang bergerak arah sama di lorong kiri.

“Pada masa sama, sebuah lori dipandu lelaki yang juga mangsa berusia 23 tahun bersama kelindan berusia 24 tahun gagal mengelak lalu merempuh treler kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


“Rempuhan itu menyebabkan treler kedua terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan. Pemandu dan kelindan lori terbabit tersepit di bahagian hadapan sebelum dikeluarkan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, bagaimanapun pemandu dan kelindan lori terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

Menurutnya pemandu treler pertama tidak cedera, manakala pemandu treler kedua hanya cedera dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Yong Peng.

“Siasat lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehubungan itu, polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Azim Aziz di talian 018-9704143 ataupun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan,” katanya.

Pemandu, kelindan lori maut nahas 3 kenderaan berat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker