Maresca pesan Chelsea jangan terlalu selesa
Maresca pesan Chelsea jangan terlalu selesa

London: Ketua jurulatih Chelsea, Enzo Maresca mengingatkan barisan mudanya supaya kekal berpijak di bumi nyata meskipun menang bergaya 3-0 ke atas Barcelona yang beraksi 10 pemain dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Stamford Bridge.
Kemenangan itu mengekalkan rentak Chelsea untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas mempamerkan aksi menyerang meyakinkan, termasuk jaringan menarik remaja sensasi, Estevão, 18, yang memperdaya dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang tanpa dapat diselamatkan.
Terdahulu, Chelsea membuka jaringan selepas Jules Kounde tertampan bola ke gawang sendiri, sebelum kapten Barca, Ronald Araujo, dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat dua layangan kad kuning.
Liam Delap kemudian menambah gol ketiga, jaringan pertamanya sejak kejayaan pra-musim Piala Kelab Dunia sekali gus melonjakkan keyakinan The Blues menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang pendahulu, Arsenal, Ahad ini.
Walaupun gembira dengan persembahan pasukannya, Maresca tidak mahu para pemain terlalu selesa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
“Ia kemenangan besar, terutamanya kerana lawan kita Barcelona, tapi tiada apa yang berubah mengenai siapa kami dan apa yang kami mampu capai,” katanya.
Kemenangan Ahad ini berpotensi merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang Arsenal.
Maresca turut meminta pemainnya menutup seketika buku UCL untuk memberi ruang pemulihan.
“Sekarang fokus pada perlawanan seterusnya. Perasaan di stadium sangat baik. Beraksi di laman sendiri depan penyokong kami, detik macam ini memang istimewa.
“48 jam ini kami perlu ‘switch off’ sepenuhnya, berehat dan pulihkan tenaga. Momentum kena dijaga dan nak pulih tenaga memang lebih mudah bila kita menang,” katanya.
Maresca pesan Chelsea jangan terlalu selesa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.