Lelaki OKU dijatuhi hukuman mati bunuh 4 sekeluarga mahu buat rayuan

Lelaki OKU dijatuhi hukuman mati bunuh 4 sekeluarga mahu buat rayuan

Lelaki OKU dijatuhi hukuman mati bunuh 4 sekeluarga mahu buat rayuan
Gambar hiasan

SHAH ALAM: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan pertuturan yang pada Isnin lalu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh empat individu dalam kejadian kebakaran di Tanjung Sepat pada 2017, berhasrat merayu keputusan berkenaan.

Peguam Jasmine Cheong yang mewakili bekas pekerja kilang perabot itu, Kang Chang Heng, 46, berkata notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

Ia susulan Pesuruhjaya Kehakiman, Suriyati Hasimah Mohd Hashim, mensabitkan Chang Heng atas kesalahan membunuh pasangan warga emas, Chia Tee Nang, 73, dan isterinya, Lim Mai Shak, 68, yang juga ibu bapa teman wanitanya serta dua cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 9.

Kesalahan itu dilakukan di rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, antara jam 4 hingga 5 pagi pada 13 Disember 2017.

Selain hukuman mati, Chang Heng turut dijatuhi penjara sembilan tahun atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi cucu pasangan itu, Andrew Chia Zeng Haol, ketika itu berusia 12 tahun, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


Chang Heng didakwa pada 15 Januari 2018, namun pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskannya daripada semua pertuduhan tanpa memerintahkan beliau membela diri selepas pihak pendakwaan menutup kes.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 2 September tahun lalu membatalkan pembebasan itu dan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie serta mengarahkan Chang Heng membela diri.

Kes kemudian dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Chang Heng ditangkap semula pada hari sama sebelum ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.

Pada Ogos tahun ini, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Chang Heng untuk memfailkan rayuan lewat terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya, Suriyati berkata, masyarakat lazimnya bersimpati terhadap golongan OKU, namun tindakan tertuduh meruntuhkan kepercayaan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


“Tindakannya menyebabkan masyarakat hilang empati dan kepercayaan terhadap komuniti OKU.

“Dia menari selepas menetak dan mencederakan mereka sebelum membakar rumah itu,” katanya.

Chia Gooi Chim iaitu bapa kepada Yuan Bin, menangis ketika membaca kenyataan impak mangsa, menyatakan hidupnya musnah akibat perbuatan Chang Heng.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed, yang menyifatkan kes itu sebagai ‘sangat jarang berlaku’ memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana Chang Heng menyasarkan warga emas dan dua kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri sebagai mangsanya.

Pasangan itu difahamkan baru pulang dari Vietnam sebelum kejadian.

Bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Mazlan Mansor, sebelum ini berkata pertengkaran mengenai wang dipercayai mendorong Chang Heng membakar rumah itu.

Lelaki OKU dijatuhi hukuman mati bunuh 4 sekeluarga mahu buat rayuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker