Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN

KINABATANGAN, 26 Nov – Kombinasi yang baik antara jentera setempat bersama jentera angkat Barisa Nasional (BN) di kawasan ini dilihat mampu melonjakkan suasana kempen yang berbaki beberapa hari sahaja lagi dalam usaha meraih keyakinan masyarakat setempat untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
‘Chef De Mission’ BN Pahang, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata sejak daripada awal kempen hinggalah ke hari ini suasana kempen amat memberansangkan dengan penerimaan yang cukup positf daripada pengundi setempat khususnya di kawasan angkat Pahang.
“Alhamdulillah… jentera kita telah pun bekerjasama sebaik mungkin. Kita memang tidak ada masalah, dan jentera di sini pun menerima kita dengan sangat baik. Alhamdulillah,” katanya.
Beliau berkata gabungan kekuatan jentera Pahang dan jentera tempatan di Kinabatangan serta Beluran memberi kelebihan kepada BN, termasuk dari segi kelancaran gerak kerja dan keberkesanan penyampaian mesej kempen.
Dalam pada itu beliau turut melihat suasana kempen di Sabah dilihat lebih harmoni dan terkawal khususnya sejak hari penamaan calon yang menggambarkan politik matang dan penuh hormat antara satu sama lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Beliau yang pertama kali terlibat dalam kempen PRN di Sabah berkata pengalaman di pusat penamaan calon di Kinabatangan menunjukkan budaya politik matang dan penuh hormat antara calon-calon.
“Kalau dibandingkan dengan Semenanjung, dari hari penamaan calon lagi kita dapat lihat provokasi… namun di sini memang tiada. Saya sendiri hadir di pusat penamaan calon di Kinabatangan, dan tidak ada provokasi atau suasana tegang antara calon,” katanya.
Katanya lagi, para calon termasuk penyokong bukan sahaja tidak menunjukkan tingkah laku agresif, malah saling bersalam dan berinteraksi secara baik, menggambarkan budaya politik yang lebih tenang.
Mengulas mengenai cabaran kempen pada peringkat akhir, beliau menasihatkan jentera agar kekal tenang dan fokus terhadap tugas masing-masing hingga ke saat-saat akhir tempoh berkempen.
“Saya yakin jentera kita dalam keadaan baik, penuh semangat dan mempunyai keyakinan terhadap calon masing-masing. Kami akan terus bekerja sebaik mungkin dan membantu setiap PDM bagi memastikan pergerakan pada hari mengundi berjalan dalam keadaan yang baik,” ujarnya. – UMNO Online
Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.