Isu peribadi dipercayai punca wartawan sukan diserang – Polis

Isu peribadi dipercayai punca wartawan sukan diserang – Polis

Isu peribadi dipercayai punca wartawan sukan diserang - Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan motif serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol, di Bangsar semalam dipercayai berpunca daripada isu peribadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata semakan mendapati suspek, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun itu adalah seorang penganggur.

“Motif serangan setakat ini adalah lebih kepada hal peribadi. Kes masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu, Chang Hook hari ini memaklumkan suspek ditahan di Taman Ikan Emas di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Isu peribadi dipercayai punca wartawan sukan diserang - Polis
Haresh Deol

Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


Chang Hook semalam mengesahkan polis menerima laporan daripada Haresh yang juga wartawan portal berhubung kejadian itu pada jam 4 petang, semalam di Pondok Polis Bangsar.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah ketika Haresh sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi.

Sebelum itu, Haresh menerusi hantaran di laman X memaklumkan diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi individu merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.

Isu peribadi dipercayai punca wartawan sukan diserang – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker