Dua menyamar guna gelaran Dato ditahan

Dua menyamar guna gelaran Dato ditahan

Dua menyamar guna gelaran Dato ditahan

SEREMBAN: Dua lelaki yang disyaki menggunakan gelaran Dato’ bagi tujuan menipu mangsa mereka ditahan polis di daerah ini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, suspek ditahan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Seremban.

“Bertindak atas maklumat, hasil pemantauan dan risikan oleh Bahagian Risikan/Operasi BSJKD Seremban, kami membuat tangkapan ke atas dua suspek warga tempatan.

“Suspek masing-masing berusia 34 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di dalam daerah Seremban,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek disyaki terbabit dalam kes penipuan menggunakan gelaran Dato’ secara palsu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


Katanya, turut dirampas bersama tangkapan adalah empat unit telefon bimbit, dua kad ATM, dua kereta dan lain-lain peralatan seperti kad istana, cop rasmi istana, sijil pertubuhan, lambang adat dan istiadat serta kelengkapan pakaian istiadat dan kebesaran yang disyaki digunakan bagi tujuan kegiatan penipuan ini.

“Tangkapan ini direman selama empat hari bermula hai ini hingga 29 Sabtu ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dua menyamar guna gelaran Dato ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker