Dua lelaki ditahan, polis rampas ganja hampir 1.8kg, ratusan pil yaba
Dua lelaki ditahan, polis rampas ganja hampir 1.8kg, ratusan pil yaba

BERA: Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini selepas polis merampas hampir 1.8 kilogram ganja serta ratusan pil yaba dan erimin 5 bernilai RM53,947.40.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Felda Purun, sebelum polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pekerja pendawaian elektrik.

“Pemeriksaan menemukan satu ketulan mampat ganja dibalut pelekat hitam seberat 659.14 gram.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif jenis THC,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
“Polis menemukan satu beg plastik bercorak bunga raya mengandungi ketulan mampat ganja seberat 1,057.64 gram.
“Pemeriksaan lanjut ke atas beg pinggang yang dipakai suspek menemukan 536 biji pil yaba (57.58 gram), heroin 23.22 gram, 70 pil erimin 5 (19.59 gram), ganja 18.66 gram serta syabu 4 gram,” katanya.
Zulkiflee berkata, suspek kedua turut didapati positif methamphetamine hasil ujian air kencing.
Beliau berkata, dengan penahanan itu, polis menyita sebuah kenderaan milik suspek bernilai RM30,000 melalui tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah narkotik. Mereka direman tujuh hari sehingga 2 Disember 2025,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, manakala kes positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.