Dua bayi mempunyai hubungan bapa dan anak saudara mangsa banjir termuda dipindahkan ke PPS

Dua bayi mempunyai hubungan bapa dan anak saudara mangsa banjir termuda dipindahkan ke PPS

Dua bayi mempunyai hubungan bapa dan anak saudara mangsa banjir termuda dipindahkan ke PPS
Nurul Fateha (kiri) dan Nurul Nabila Nastasya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Payung, Marang. – Foto NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Dua bayi lelaki masing-masing berusia dua dan lima bulan menjadi antara mangsa banjir termuda yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, di sini, hari ini.

Kedua-dua bayi itu memiliki ikatan persaudaraan bapa dan anak saudara.

Muhammad Aisy Aryan yang baru berusia dua bulan adalah anak kepada Nurul Fateha Mohd Bakri, 36, manakala Mohamad Nakil Naufal, lima bulan, adalah cucu Nurul Fateha hasil perkahwinan anak perempuannya, Nurul Nabila Natasya, 18.

Suami kepada Nurul Nabila Natasya, Mohd Nazlin Abd Ghani, 41, berkata, air mula memasuki rumah mereka di Kampung Gong Kekabu, Bukit Payung, di sini, sekitar jam 2 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

“Bunyi hujan lebat sejak tengah malam mengejutkan saya. Bila turun ke dapur, air sudah paras lutut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


“Saya segera kejutkan isteri dan keluarga lain untuk selamatkan dokumen penting serta keperluan dua bayi sebelum hubungi pasukan penyelamat jam 10.30 pagi,” katanya.

Sementara itu, Nurul Fateha berkata, air memasuki ruang dapur sangat cepat dan menjelang siang air sudah melepasi paras lutut.

Katanya, rumah yang didudukinya sejak 10 tahun lalu memang sering dilanda banjir, namun kali ini banjir yang melanda kampung berkenaan adalah paling buruk.

“Sebelum ini, tak pernah sampai paras pinggang. Tapi kali ni air naik tinggi dan semua laluan ke rumah terputus,” katanya yang tiba di PPS jam 1 tengah hari.

Katanya, mereka sekeluarga kini bimbang kerana banjir yang sering berlaku di kawasan itu, banjir ‘termenung’ dan biasanya mengambil masa hingga dua minggu untuk surut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


“Kami tidak tahu berapa lama terpaksa tinggal di PPS ini.

Kalau hujan masih berterusan, sudah pasti air di kawasan rumah akan mencecah paras leher kerana pernah beberapa kali berlaku sebelum saya tinggal di kampung ini,” katanya.

Dua bayi mempunyai hubungan bapa dan anak saudara mangsa banjir termuda dipindahkan ke PPS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker