Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

TUARAN, 26 Nov – Fokus terhadap penyelesaian isu infrastruktur asas serta pemerdayaan golongan belia menjadi keutamaan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman Dr Shahnon Rizal Thaijudin sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada Sabtu ini.

Beliau berkata, hasil pemerhatiannya mendapati beberapa isu asas seperti kerosakan jalan raya, ketiadaan bekalan air konsisten dan keadaan jalan gelap akibat ketiadaan lampu jalan masih membelenggu penduduk.

 

“Ini semua sebenarnya masih menjadi satu masalah yang besar di kawasan ini. Kita mahu masyarakat yang tinggal di DUN Sulaman ini berada dalam keadaan yang selamat dan selesa.

“Selain dari itu, saya juga mahu balik ke lapangan untuk memastikan, masalah-masalah setempat di setiap kampung itu dapat kita kenal pasti dan juga kita selesaikan dengan kaedah ‘short term solution’ dan juga ‘long term solution’ supaya kita boleh terus maju ke hadapan menyelesaikan masalah-masalah asas ini,” katanya kepada UMNO Online.

Menurutnya, tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja di lapangan bagi mengenal pasti isu setempat di setiap kampung sebelum mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


Dalam pada itu, beliau menyatakan komitmen untuk memperkasakan ekonomi orang muda, sambil menekankan peranan besar golongan belia dalam menyara keluarga serta menyokong ekonomi desa.

 

“Masalah orang muda hanya dapat difahami oleh orang muda. Mereka bukan saja menyara isteri dan anak, tetapi juga ibu bapa. Maka pembangunan sosial dan ekonomi belia perlu diperkukuh,” katanya.

Beliau menambah bahawa selain pendidikan, aspek peluang pekerjaan untuk golongan muda juga penting, memandangkan masih banyak peluang yang wujud namun tidak diketahui sepenuhnya oleh belia di kawasan Tuaran.

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pembuangan undi di mana tempoh berkempen yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.

Semalam, berlangsung hari undi awal kepada 24,426 pengundi awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon baharu. – UMNO ONLINE

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker