City tak goyang – Reijnders
City tak goyang – Reijnders

London: Tijjani Reijnders menegaskan Manchester City tidak akan hilang fokus biarpun dikejutkan kekalahan kepada Bayer Leverkusen dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pengendali City, Pep Guardiola, membuat 10 pertukaran ketika mereka tumbang 0-2 di laman sendiri kepada kelab Bundesliga itu, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah The Citizens pada peringkat liga kejohanan elit Eropah musim ini.
Kekalahan itu hadir hanya beberapa hari selepas City tewas kepada Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris, namun Reijnders enggan pasukan panik.
“Memang kecewa, tapi kami tak patut hilang keyakinan. Kami bermain baik sebelum ini dan perlu kembali kepada rentak kemenangan. Semuanya bermula dengan perlawanan Sabtu ini (menentang Leeds),” kata pemain tengah Belanda itu.
“Secara mental kami kena bersedia. Kami tahu kemampuan pasukan ini dan apa yang sudah kami tunjukkan. Jangan panik… walaupun kalah dua kali berturut-turut bukan perkara baik, peluang musim ini masih terbuka. Fokus satu perlawanan demi satu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
Dalam aksi menentang Leverkusen, hanya Nico Gonzalez mengekalkan tempat selepas kekalahan di St James Park, manakala beberapa tonggak utama termasuk Erling Haaland, Phil Foden dan Gianluigi Donnarumma direhatkan.
Namun jaringan Alejandro Grimaldo dan Patrik Schick memastikan City kecundang, dan kemasukan Haaland pada 25 minit terakhir tidak mengubah nasib mereka.
Reijnders bagaimanapun yakin kekalahan itu tidak akan memberi kesan apabila City berdepan gergasi 15 kali juara Eropah, Real Madrid, di Bernabeu pada 10 Disember.
“Saya tak rasa ia beri tekanan tambahan. Kami tahu apa yang menanti di Madrid, tapi perlawanan itu masih jauh. Fokus sekarang ialah Sabtu ini,” katanya.
City tak goyang – Reijnders
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.