Ahmedabad sah tuan rumah Sukan Komanwel 2030
Ahmedabad sah tuan rumah Sukan Komanwel 2030

London: Bandar Ahmedabad di India disahkan sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2030 selepas mendapat kelulusan Perhimpunan Agung Sukan Komanwel di Glasgow, awal pagi tadi.
Pemilihan itu dibuat selepas ia dicadangkan lembaga eksekutif badan tersebut.
Presiden Persatuan Sukan Komanwel India, Dr PT Usha berkata, pihaknya menghargai kepercayaan yang diberikan.
“Kami amat berbesar hati dengan keyakinan yang ditunjukkan Sukan Komanwel. Edisi 2030 bukan sahaja menandakan 100 tahun pergerakan ini, tetapi juga menjadi asas untuk abad seterusnya. Ia akan menyatukan atlet, komuniti dan budaya seluruh Komanwel dalam semangat persahabatan dan kemajuan,” katanya.
Ahmedabad atau Amdavad adalah bandar utama di negeri kelahiran Perdana Menteri Narendra Modi, Gujarat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
Di bandar itu tersergam stadium kriket terbesar dunia berkapasiti 130,000 penonton, yang turut dinamakan sempena Modi.
India sebelum ini turut mengintai pentas lebih besar apabila sudah mengemukakan surat hasrat rasmi kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membida Sukan Olimpik 2036.
Masa depan Sukan Komanwel pernah diragui tahun lalu selepas badan itu gagal mencari pengganti tuan rumah bagi edisi 2026, susulan penarikan diri negeri Victoria, Australia atas faktor kos.
Glasgow kemudian tampil sebagai penyelamat dengan bersetuju menganjurkan versi lebih ringkas. I
Ini menjadikan Britain sebagai tuan rumah dua edisi berturut-turut selepas Birmingham pada 2022.
Ahmedabad sah tuan rumah Sukan Komanwel 2030
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.