Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik

Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik

Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik

BATU SAPI, 25 Nov — Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sekong, Mohd Zharif Aizat Samsudin, menyifatkan tawaran manifesto BN kepada golongan belia sebagai satu komitmen jelas parti dalam memperkasakan anak muda sebagai pemangkin perubahan di negeri ini.

Menurutnya, beberapa inisiatif khusus belia dalam manifesto itu bukan sahaja menarik, tetapi benar-benar memberi manfaat langsung kepada generasi muda, terutama dalam aspek tempat tinggal dan peluang ekonomi.

“Apa yang saya lihat, kategori anak muda dalam manifesto BN sangat signifikan kerana orang mudalah pemangkin perubahan. Antara yang paling menarik ialah Rumah Untuk Belia, yang membolehkan anak muda memiliki rumah tanpa deposit dengan sasaran 100,000 unit setahun. Ini satu kelegaan besar, khususnya untuk pasangan muda yang baru berkahwin dan ingin memiliki rumah sendiri tanpa beban awal,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata program Rumah Transit Belia (RTB) juga menjadi antara tawaran yang sangat dekat dengan keperluan anak muda yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.

“RTB menawarkan kadar sewa lebih rendah daripada pasaran semasa. Jika anak muda seperti saya ingin bekerja di Kota Kinabalu, mereka boleh menyewa rumah transit ini pada harga mampu milik. Ini memudahkan mereka memulakan hidup dan kerjaya,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


Dalam masa sama, Mohd Zharif turut menekankan bahawa inisiatif Dana Belia Niaga (DBN) yang memberikan peluang pinjaman sehingga RM5,000 kepada usahawan muda merupakan satu langkah kukuh ke arah pembangunan ekonomi belia Sabah.

“Kita tahu anak muda hari ini berani mencuba dan mempunyai cita-cita tinggi untuk berniaga. Dana ini memberi ruang kepada mereka memulakan perniagaan kecil tanpa beban besar. Ini satu pendekatan yang sangat baik untuk memupuk lebih ramai usahawan muda,” katanya.

Mohd Zharif berkata, beliau berharap semua pengundi termasuk anak muda di Sabah khususnya di Sekong dapat memberikan sokongan kepada BN bagi memastikan semua rancangan pembangunan belia ini dapat direalisasikan. – UMNO Online

Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker