Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan

KENINGAU, 25 Nov – Rakyat Sabah memerlukan sebuah kerajaan negeri yang mempunyai hubungan erat dengan kerajaan pusat bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, menurut Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.
Nik Mohd Nadzri tampil memberikan contoh perbandingan ketara yang dapat dilihat antara kawasan Parlimen Keningau dan jirannya iaitu Pensiangan, khususnya dari segi projek pembangunan yang berjaya dibawa masuk melalui wakil rakyat masing-masing.
“Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan pusat, di mana kita tahu kerajaan pusat mempunyai peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan negeri. Saya selalu membandingkan antara Ahli Parlimen Keningau (Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan – GRS) dengan Ahli Parlimen Pensiangan (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup – BN).
“Di mana Ahli Parlimen Keningau salah satu yang membawa perjuangan ‘Sabah for Sabahan’, ‘rumah kita kita jaga’ dan sebagainya tetapi saya minta contoh satu pembangunan yang dibawa di Keningau ini (tiada).
“Berbanding Ahli Parlimen Pensiangan, beliau orang muda, parti yang betul iaitu Barisan Nasional dan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan pusat, sehingga kita boleh tengok pembangunan yang beliau bawa,” katanya kepada UMNO Online ketika ditemui baru-baru ini di Pejabat UMNO bahagian di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Antara projek yang disebut termasuk kerja pengaspalan jalan sehingga ke Pagalungan, selain projek jalan Tulid yang hampir siap, sekali gus memendekkan masa perjalanan penduduk Keningau ke Sandakan sehingga dua jam.
Begitu juga jalan di Batu 22 Karamatoi juga dilaporkan sedang dalam proses pengaspalan.
“Ini menunjukkan perbezaan antara mereka yang hanya memperjuangkan slogan, dengan mereka yang mempunyai hubungan kerja yang baik dengan kerajaan pusat dan berjaya membawa pembangunan,” kata Nik Mohd Nadzri yang juga merupakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.
Seterusnya, Nik Mohd Nadzri turut mengingatkan bahawa sekiranya pembukaan jalan Kalimantan ke Pensiangan dan Keningau direalisasikan kelak, daerah Pensiangan berpotensi menjadi lebih maju sekiranya penduduk Keningau tidak membuat perubahan.
Katanya, demi masa depan daerah itu, masyarakat Keningau perlu menilai semula sokongan mereka berdasarkan rekod pencapaian pembangunan yang dibawa oleh wakil rakyat masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Sabah.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November lalu, manakala hari mengundi awal pada hari ini.
PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon muka baharu. – UMNO ONLINE
Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
You must be logged in to post a comment.