Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry

SANDAKAN 25 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) dirangka secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada keperluan asas rakyat, tanpa membuat janji yang melampaui kemampuan, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurut beliau, fokus BN ialah menyediakan keperluan yang sebaiknya untuk  rakyat dan perkata-perkara penting yang perlu diberi perhatian segera.

“Manifesto kita tidak menjanjikan perkara yang terlalu tinggi, sebaliknya berasaskan keperluan asas rakyat. Seperti yang saya sebut dalam ucapan tadi, mereka perlukan kemudahan asas jambatan, jeti, jalan, air dan karan. Inilah yang harus diberi penekanan.

“Sebab itu saya berharap, apabila calon kita nanti diberi amanah sebagai wakil rakyat, keperluan asas rakyat ini mesti dijadikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN serta mengikuti sesi kempen bersama calon BN DUN Karamunting, Dato’ Chin Kim Hiung, di PDM Bokara, dekat sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


Mengulas mengenai realistiknya janji-janji BN dalam manifesto, Dr. Zambry menegaskan bahawa semua tawaran disusun selepas penelitian mendalam terhadap keperluan masyarakat setempat, khususnya di Sabah.

“Kita telah mengkaji dengan teliti. Manifesto ini berpaksikan pemerhatian dan maklum balas yang kita terima. Kita tidak membuat sesuatu yang di luar jangkaan atau melangkaui kemampuan. Ini adalah apa yang rakyat harapkan, termasuk luar bandar dan bandar,” ujarnya. – UMNO Online

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker