Man City tumbang, taktikal Guardiola makan diri
Man City tumbang, taktikal Guardiola makan diri

Manchester: Pep Guardiola mengambil tanggungjawab selepas percaturan pilihannya memakan diri apabila Manchester City yang turun dengan skuad lemah tewas mengejut 0-2 kepada Bayer Leverkusen dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Guardiola mengejutkan ramai apabila merehatkan sebahagian besar bintang utamanya di Etihad, termasuk Erling Haaland, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Gianluigi Donnarumma yang tidak tersenarai dalam kesebelasan utama.
Leverkusen memanfaatkan persembahan longlai barisan simpanan City apabila Alex Grimaldo membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Patrik Schick menambah gol selepas rehat, sekali gus mencetuskan rungutan penyokong City ketika wisel penamat.
Buat kali pertama dalam 24 perlawanan sejak 2018, City tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum pusingan kalah mati.
Ia juga kekalahan kedua berturut-turut selepas tunduk 1-2 kepada Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
“Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya masih percaya pemain yang diturunkan adalah pemain berkualiti, tetapi kami kekurangan sesuatu yang diperlukan di tahap tertinggi,” kata Guardiola.
“Saya kena menerimanya. Kalau kami menang, tiada masalah. Jadi saya kena terima mungkin terlalu banyak perubahan dibuat.
“Dengan jadual bermain setiap dua atau tiga hari, kami memang perlu buat pertukaran, tapi melihat keputusan ini, mungkin (perubahan itu) ia terlalu ketara,” kata Guardiola.
City kini sudah empat kali tewas dalam EPL musim ini dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Walaupun ini kekalahan pertama mereka dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara, ia dijangka tidak menjejaskan peluang mara ke pusingan 16 terbaik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Namun Guardiola pasti sedar bahawa skuad simpanannya tidak sekuat yang diharapkannya.
Perlawanan ke-100 Guardiola dalam Liga Juara-Juara selaku pengurus City berakhir hambar, jauh berbeza daripada kebanyakan 99 perlawanan sebelum ini yang menyaksikan 62 kemenangan dan gelaran Eropah pertama kelab itu pada 2023.
Guardiola berkata, dia berasa ‘malu dan segan’ selepas insiden pertengkaran dengan jurukamera sejurus kekalahan kontroversi di Newcastle.
Barisan pemainnya juga sepatutnya merasai perasaan sama selepas aksi hambar itu.
Guardiola menurunkan kesebelasan yang sama dalam tiga perlawanan sebelum ini, namun konsistensi itu terhenti apabila dia melakukan 10 pertukaran.
Keputusan itu mungkin dipengaruhi jadual padat bulan depan, dengan City bakal bermain dua kali seminggu termasuk kunjungan ke Real Madrid untuk aksi Liga Juara-Juara seterusnya.
“Kami ada lebih banyak peluang daripada mereka, tetapi semua peluang separuh masak. Sekarang kami perlu bangkit dan berjuang untuk perlawanan seterusnya,” kata Guardiola.
Man City tumbang, taktikal Guardiola makan diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.