Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]

Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]

Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula ditayangkan pada 17 November 2025 di Slot MegaDrama, Astro Ria, dan boleh ditonton juga melalui Astro GO dan sooka setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam. Dengan jumlah 28 episod, drama ini memang buat peminat tak sabar nak tunggu setiap episod.

Dalam drama terbitan iFAME ini, Kamal membawa watak Armin, seorang lelaki yang hadir dengan cinta tulus dan menawarkan sinar bahagia baru dalam hidup Hana, watak yang dibawakan oleh Nad Zainal. Penonton nampaknya terpesona dengan cara Kamal menjiwai wataknya.

Ramai peminat di TikTok dan ruang komen gelarkan dia “Shahrukh Khan versi Melayu”, dengan kata-kata seperti, “Perasan tak Kamal ni gaya dia macam Shahrukh Khan,” dan ada juga yang menambah, “Kamal memang best jadi hero… feeling dia boleh sampai ke hati. Mujur bukan oyen yang jadi hero!”

Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]

Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]

Mungkin lakonan Kamal kali ini lebih menyentuh kerana dia baru sahaja melalui fasa kemelut rumah tangga, menjadikan watak Armin terasa lebih real dan dekat dengan hati penonton.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi


Drama ini sendiri menarik kerana Hana kini berada di persimpangan dilema, haruskah dia kembali kepada Zakwan yang pernah mengkhianatinya, membuka hati untuk Armin yang menjanjikan bahagia, atau memilih kehidupan solo untuk melindungi hatinya daripada terluka lagi.

@bambamstudiosofficial

Dari segi produksi, drama ini diadaptasi daripada novel Rissa Ahdiya, dengan skrip ditulis oleh Oka Aurora dan diarahkan oleh Osman Ali. Kesemua elemen ini bergabung menjadikan Bahagia Yang Tertangguh bukan sahaja menarik dari segi jalan cerita, tetapi juga memberi ruang kepada Kamal untuk mempamerkan aura romantik ala Shahrukh Khan yang membuat peminat menunggu-nunggu setiap episod.

Bagi MURAI, kemunculan Kamal dalam drama ini membuktikan hero tempatan juga mampu membawa emosi mendalam yang menyentuh hati, dan memang seronok melihat bagaimana kisah Hana dan Armin akan berkembang dari minggu ke minggu.

 

Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia? [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengkil gunman finally named: Cops say mystery dead man was wanted Sepang criminal with long armed robbery history

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker