Gembira dapat jamah nasi panas selepas 4 hari berendam banjir

Gembira dapat jamah nasi panas selepas 4 hari berendam banjir

Gembira dapat jamah nasi panas selepas 4 hari berendam banjir
SEORANG lelaki tua menggigil bila menjamah makanan. – Foto Tangkap Layar/VnExpress/Video/Phong Bui

HANOI – Seorang warga emas di wilayah Dak Lak, Vietnam akhirnya dapat menjamah nasi panas dalam keadaan menggigil dan basah lencun selepas rumahnya ditenggelami air banjir selama empat hari, lapor laman berita VnExpress hari ini.

Dengan tangan yang menggigil, lelaki yang kelaparan itu menggunakan sudu plastik selepas mendapat bantuan makanan daripada seorang sukarelawan.

“Makan dahulu, jika minum sekarang, ia boleh membuat saya tersedak,” kata lelaki berkenaan kepada anggota sukarelawan.

Walaupun terdapat banyak kotak bekalan bantuan di dalam bot, lelaki itu hanya meminta satu hidangan panas untuk dimakan segera.

Apabila air mula mencecah paras bumbung rumah pada 19 November lalu, penduduk Dak Lak bertahan dengan duduk di atas bumbung sambil menahan kesejukan dan kelaparan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi


Bekalan elektrik terputus, manakala isyarat telefon hilang.

Apabila air mula surut, penduduk menghulurkan bakul, besen dan topi untuk mendapatkan bekalan bantuan setiap kali mendengar bunyi sampan yang membawa pasukan penyelamat.

Jumlah kematian termasuk yang hilang akibat banjir besar di Vietnam telah melebihi 100 orang selepas beberapa hari hujan lebat dan tanah runtuh. – AGENSI

Gembira dapat jamah nasi panas selepas 4 hari berendam banjir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengkil gunman finally named: Cops say mystery dead man was wanted Sepang criminal with long armed robbery history


 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker