Chelsea ‘naik hantu’ bedal Barcelona

Chelsea ‘naik hantu’ bedal Barcelona

Chelsea 'naik hantu' bedal Barcelona
ESTEVAO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

London: Chelsea kembali mempamerkan aura lama dalam saingan Liga Juara-Juara apabila menewaskan Barcelona 3-0 dengan penuh bergaya awal pagi tadi, sekali gus mengambil langkah besar ke arah memastikan tempat automatik ke pusingan seterusnya.

Selepas gol sendiri awal permainan dan kad merah diterima kapten Barcelona, Ronald Araujo, pada penghujung separuh masa pertama, sensasi remaja, Estevao meledak gol kedua yang menakjubkan sebelum Liam Delap menambah gol ketiga.

Chelsea juga turut menyaksikan tiga jaringan mereka dibatalkan.

“Ia malam yang sangat besar untuk Estevao, dan malam besar untuk seluruh kelab,” kata pengurus Chelsea, Enzo Maresca.

“Menjuarai Piala Dunia Kelab sangat penting untuk keyakinan pemain, mereka sedar mereka boleh menang menentang mana-mana pasukan. Mentaliti menang adalah satu-satunya cara untuk membina sesuatu yang bermakna.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi


“Jika Barcelona tidak menguasai bola, mereka tidak selesa, jadi kami cuba pastikan kami memegang bola,” katanya lagi.

Aksi di Stamford Bridge benar-benar mengimbau kenangan ketika Chelsea sering menundukkan gergasi Eropah, dengan rentak permainan penuh bertenaga, hantaran kemas serta serangan berterusan melalui kedua-dua sisi.

Barcelona pula jauh daripada imej lama mereka, iaitu pasukan yang suatu ketika dahulu terkenal dengan penguasaan bola dan kemampuan mencipta peluang tanpa henti.

Pada perlawanan awal pagi tadi, mereka gagal menguasai perlawanan, apatah lagi memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

Benteng mereka juga kelam-kabut dan hanya diselamatkan oleh keputusan pengadil apabila jaringan Enzo Fernández dibatalkan kerana terkena tangan selepas lima minit, dan satu lagi dibatalkan kerana ofsaid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


Satu-satunya peluang Barcelona hadir menerusi Ferran Torres selepas enam minit, namun dia melepaskan sepakan liar biarpun gawang terbuka luas.

Tekanan Chelsea akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-27 apabila Marc Cucurella membuat hantaran rendah dari sebelah kanan dan ketika dua pertahanan cuba menghalang percubaan Pedro Neto, Jules Kounde tersilap langkah lalu tertolak bola ke gawang sendiri.

Keadaan bertambah buruk buat Barcelona apabila Araujo dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Cucurella seminit sebelum rehat.

Chelsea terus menguasai permainan dan menyaksikan satu lagi jaringan dibatalkan, kali ini oleh pemain gantian, Andrey Santos kerana ofsaid selepas separuh masa kedua bermula.

Estevao kemudian mencuri tumpuan, meloloskan diri melepasi dua pemain lawan sebelum melepaskan rembatan kencang dari sudut sempit menerjah jaring.

“Semuanya berlaku sangat cepat. Saya nampak ruang, saya pusing sedikit, dan saya berjaya jaringkan gol itu. Ia detik yang sangat istimewa dalam karier saya. Saya harap dapat menjaringkan banyak lagi,” kata Estevao.

Chelsea ‘naik hantu’ bedal Barcelona

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengkil gunman finally named: Cops say mystery dead man was wanted Sepang criminal with long armed robbery history

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker