Bayern ujian sebenar, Arteta tuntut komitmen maksimum
Bayern ujian sebenar, Arteta tuntut komitmen maksimum

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa pemain dan penyokong The Gunners mengekalkan momentum serta aura kemenangan derby London Utara ketika mereka menerima kunjungan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Khamis.
Arsenal kini selesa enam mata di depan Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Tottenham 4-1 di Emirates, dan kemenangan ke atas Bayern bakal memberi kelebihan tiga mata dalam saingan Eropah.
“Kami kena pastikan tenaga sama itu dibawa lagi esok, ke stadium, ke setiap individu,” kata Arteta.
“Saya akan mainkan gaya sama: dominan, agresif, efisien menentang pasukan terbaik.”
Arteta menegaskan Arsenal berada dalam ‘kedudukan kukuh’ dan mahu mengekalkannya, sambil menyifatkan aksi menentang Bayern sebagai ‘cantik tapi sangat mencabar’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
“Antara yang terbaik. Atmosfera itu memang beza. Pemain pun cakap benda yang sama,” katanya.
“Saya harap penyokong sedar betapa besar tenaga yang mereka bawa… ia beri keyakinan, keseronokan dan ia perlu dikekalkan sebab itu ‘superpower’ kami.”
Bayern pula tiba dengan rentak sama mantap, enam mata di depan Bundesliga dan empat kemenangan daripada empat aksi UCL.
Arteta mengakui inilah ujian sebenar buat Arsenal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
“Mereka memang konsisten. Semua metrik prestasi mereka mengagumkan,” katanya.
“Tapi ini peluang besar untuk kami tunjuk kemampuan sebenar.”
Bayern ujian sebenar, Arteta tuntut komitmen maksimum
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.