Banjir besar landa Tapanuli Tengah, ribuan kediaman tenggelam [VIDEO]
Banjir besar landa Tapanuli Tengah, ribuan kediaman tenggelam [VIDEO]
![Banjir besar landa Tapanuli Tengah, ribuan kediaman tenggelam [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/11/banjir-tapanuli.jpeg)
Selain banjir, bencana tanah runtuh melanda kabupaten atau rantau pentadbiran Tapanuli Tengah akibat cuaca ekstrem.
“Cuaca ekstrem di pantai barat Sumatera Utara, terutamanya di Kabupaten Tapanuli Tengah yang menghadap Lautan Hindi atau Lautan Indonesia menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di pelbagai lokasi di Tapanuli Tengah sejak beberapa hari lalu,” kata pemimpin tempatan, Masinton Pasaribu hari ini.
Pasukan penyelamat turut menyediakan dapur-dapur awam dan perkhidmatan kesihatan di pelbagai lokasi pemindahan.
Sementara itu, banjir besar turut melanda Batang Toru, Kabupaten Tapanuli Selatan hari ini.
Video rakaman penduduk yang dikongsikan di media sosial menunjukkan rumah ditenggelami air, dengan sebahagian besar mencecah paras bumbung.
Banjir lumpur dengan arus deras dilihat menghanyutkan serpihan ketika penduduk didengari meraung melihat keadaan tersebut. – AGENSI
Banjir besar landa Tapanuli Tengah, ribuan kediaman tenggelam [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.