Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah

KUDAT, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi Normalah Rasik berkata aspirasi rakyat di kawasan itu merupakan satu amanah buat dirinya.
Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini, Normalah telah menggariskan enam aku janjinya demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat di kawasan.
“Meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan, Banggi berpendapatan, harga barang terkawal. Infrastruktur perumahan dan kemudahan asas, jalan elektrik dan air untuk semua, rumah Impian, kemudahan asas diperbaharui.
“Pendidikan dan belia, Banggi pintar dan belia berdaya. Kesihatan dan kebajikan. Klinik dan rawatan lebih baik, kebajikan diutamakan.
“Pembangunan pelancongan dan pemulihan alam. Banggi destinasi eko pelancongan. Tadbir urus dan perkhidmatan rakyat. Sentiasa utamakan rakyat, pentadbiran telus dan amanah,” katanya menerusi satu poster grafik yang disiarkan di laman sosialnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Sabtu lalu, Ketua Wanita BN Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut turun ke Banggi membantu kempen Normalah dengan melalukan aktiviti ziarah kasih.
DUN Banggi amat unik kerana kedudukannya yang berada di pulau dan mempunyai pemilih berdaftar seramai 9,484 orang pengundi.
Normalah akan berhadapan dengan saingan 12 penjuru.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Sabah.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November lalu, manakala hari mengundi awal pada 25 November 2025 ini.
PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon muka baharu. – UMNO ONLINE
Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
You must be logged in to post a comment.