Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah

SEPANGGAR, 24 Nov – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Hairi Mad Shah berkata parti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberi peluang mentadbir Sabah tetapi tidak dapat menandingi rekod Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negeri.
Menurut Exco Kerajaan Negeri Johor itu, BN telah lama dikenali dengan khidmat bakti dan ini termasuk pembangunan infrastruktur dan kemajuan negeri Sabah sebelum kerajaan negeri bertukar tangan pada 2018.
Jelasnya, masyarakat sudah menilai kesan perubahan pentadbiran negeri dan justeru itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, undi rakyat Sabah sangat penting untuk masa depan negeri yang lebih terjamin.
“Dan hari ini sekali lagi rakyat Sabah bersama-sama menggunakan kebijaksanaan untuk mengundi pada 29 haribulan ini, untuk memastikan masa depan negeri Sabah. Saya mengharapkan kepada seluruh warga negeri Sabah tak kiralah di mana sekalipun untuk pulang mengundi.
“Saya lihat masa depan Sabah ini terletak di tangan kita semua. Terletak di bahu kita untuk masa depan anak cucu. Hari ini kita tinggal di sebuah negeri yang maju di atas pentadbiran Barisan Nasional. Adakah kita mahu melihat anak cucu dan warisan kita hanya duduk melihat pembangunan yang tidak ada,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu sambil berkata BN telah bangkit dengan sinergi yang baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Usahawan dan Koperasi Negeri Johor itu ditemui UMNO Online selepas beliau mengiringi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau Arfanshah Abdul Gafar menyantuni pengundi ketika mengadakan ziarah kasih rumah ke rumah di Kampung Rampayan, di sini, Ahad.
Seterusnya, Hairi menyeru semua pengundi memilih parti yang benar-benar bersama rakyat dan berpesan jangan tertipu dan tersilap pilih ketika hari pengundian nanti,
Manakala dalam perkembangan yang berkaitan, Hairi mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana meletakkan lima orang calon dari kalangan Pemuda.

“Alhamdulillah saya ucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada pucuk kepimpinan parti, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah meletakkan kepercayaan seramai lima orang calon pemuda untuk ditempatkan sebagai calon di kawasan-kawasan daripada Pantai Timur, bandar dan sebagainya.
“Insya-Allah lima calon ini dibawa bersama untuk merealisasikan impian rakyat dan kita yakin apa sahaja keputusan yang diberikan rakyat, Barisan Nasional akan bersama-sama dengan rakyat sekiranya diberikan kepercayaan untuk menang kali ini,” katanya dengan menambah kesemua calon yang diketengahkan mempunyai sinergi dan kelebihan masing-masing.
Selanjutnya, menyentuh mengenai Manifesto BN Sabah yang diumumkan Sabtu lalu, Hairi berpandangan ia cukup progresif dan realistik, secara khusus untuk golongan belia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
“Cukup wajar jika mahu mewujudkan koperasi belia. Keduanya berkaitan dengan menaik taraf fasiliti-fasiliti sukan, berkaitan dengan mahasiswa dan perumahan. Saya lihat itu janji-janji yang realistik bukan retorik. Bukan janji-janji pilihan raya. Inilah Barisan Nasional,” katanya. – UMNO ONLINE
Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.