TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri

TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri

TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri
Bomba bantu pindahkan mangsa banjir di kawasan Changlun, Kedah yang dinaiki air hampir dua meter. – Foto JBPM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,422 mangsa banjir mendapatkan perlindungan di 121 pusat pemindahan sementara (PPS) dekat lapan negeri, setakat jam 9 pagi tadi.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa yang menghuni PPS meningkat berbanding 16,201 orang seperti direkodkan semalam.

TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri
Data dalam laman web Info bencana JKM pagi ini.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir, Kelantan merekodkan mangsa tertinggi iaitu sebanyak 9,981 orang, disusuli Perlis (2,644), Perak (2,604) dan Selangor (2,119).

Ia termasuk 1,576 mangsa di Kedah, Pulau Pinang (377), Terengganu (98), Sarawak (32), Pahang (23) dan Kuala Lumpur (dua).

NADMA turut mengesahkan tiada kematian direkodkan akibat banjir.

TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri
Jalan Pekan batu 18 Hulu Langat terputus akibat dinaiki air dalam bencana banjir. – Foto BERNAMA
TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri
Paras sungai Kelantan di Tambatan Diraja masih lagi menunjukkan bacaan normal sekitar 1.41 meter, semalam. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa negeri pagi ini.

Beberapa daerah di Selangor, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat beberapa tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

TERKINI: Banjir makin buruk, lebih 19,000 mangsa berlindung di 121 PPS 10 negeri
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Changlun. – Foto JBPM

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker