Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja

Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja

Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja

KOTA BELUD, 24 Nov – Kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini menerima sambutan yang baik dan positif daripada pengundi, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Menteri Luar Negeri itu, ini berdasarkan reaksi pengundi yang ditemui baik ketika melakukan ziarah kasih, pertemuan secara langsung dan juga melalui kajian sikap yang dijalankan oleh jentera parti.

“Jadi, kita harap supaya jentera dapat mengeluarkan pengundi-pengundi putih seawal yang mungkin pada 29 haribulan ini nanti, insya-Allah.

“Kita yakin bahawa penduduk dan pengundi di Tempasuk ini akan memberikan peluang kepada calon kita, orang muda. Itu sebabnya kita turunkan orang muda untuk dapat pastikan kita mempunyai seorang wakil rakyat yang nanti boleh menjalankan kerja dengan baik, dengan aktif bersama-sama dengan jentera dan juga bersama-sama dengan penduduk di kawasan ini, insya-Allah,” kata Timbalan Presiden UMNO itu lagi.

Mohamad berkata demikian kepada media selepas majlis ramah mesra bersama jentera dan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taun Gusi, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti


Terdahulu, beliau bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Akmal Saleh dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Azuwan Marjan mengadakan aktiviti ziarah kasih.

Selanjutnya, Mohamad berharap agar jentera dapat memperkemaskan lagi gerak kerja sebagai persiapan bagi menghadapi hari pengundian Sabtu ini.

“Saya berharap yang pentingnya ialah jentera kita dapat diurus dengan baik. Jentera mesti bersama-sama menjalankan tugas yang mana pergi menjadi perayu undi, yang mana akan membawa pengundi keluar, yang mananya nanti akan menjaga kenderaan kerana pada 29 haribulan merupakan hari yang penting,” katanya sambil berpandangan jentera BN amat bersemangat dan mempunyai kerjasama erat antara jentera tempatan dan negeri angkat.

Merujuk kepada DUN Tempasuk, Mohamad yakin orang muda di kawasan tersebut akan memberi sokongan kepada Azuwan, yang juga daripada golongan muda dan sudah pasti mampu menjadi wakil suara anak muda di Dewan Undangan Negeri kelak.

Mengulas mengenai kempen yang dijalankan oleh parti-parti yang bertanding di PRN Sabah ini, Mohamad berpandangan ia berjalan secara sihat dan tenang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


“Secara keseluruhannya, kempen berjalan dengan sihat. Saya amat gembira kerana kempen pilihan raya di Sabah ini dia nampak tenang. Walaupun kempen-kempen itu kadang-kadang agak keras tapi orang Sabah ini nampaknya matang berpolitik.

“Mereka boleh menerima dan boleh beri pandangan dan tidaklah ada seperti di setengah tempat kalau yang dulunya agak tegang. Di sini tak ada ketegangan-ketegangan yang berlaku.

“Masing-masing berkempen dengan sihat, membawa manifesto masing-masing dan menerangkan kepada pengundi-pengundi apa yang boleh dilakukan jika mereka diberi peluang untuk mewakili kawasan masing-masing,” katanya. – UMNO ONLINE

 

Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker