PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

ISKANDAR PUTERI, 25 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Farkhan Haron, menegur tindakan PPBM dan Armada Johor yang cuba mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri berhubung isu pertukaran kenderaan rasmi dan Belanjawan Johor 2026.

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai tidak berasas dan sekadar politik sensasi yang gagal menggambarkan fakta sebenar pentadbiran kerajaan negeri.

“Pertukaran kenderaan rasmi bukan keputusan suka-suka. Ia diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dan dibuat berdasarkan keperluan operasi, bukan pembaziran,” tegas Farkhan.

Menurut beliau, kenderaan rasmi yang digunakan oleh Menteri Besar dan barisan Exco telah berkhidmat hampir lima tahun sembilan bulan, mencatat mileage tinggi serta menanggung kos penyelenggaraan yang meningkat. Oleh itu, penukaran kenderaan adalah langkah wajar bagi memastikan kelancaran operasi pentadbiran.

Farkhan turut menekankan bahawa Armada Johor tidak konsisten dalam isu ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


“Fakta yang disembunyikan ialah pada tahun 2020, ketika PPBM memerintah Johor, kerajaan negeri juga meluluskan pembelian Toyota Camry baharu bagi menggantikan Honda Accord lama kerana kerosakan dan kos penyelenggaraan tinggi.
Bezanya cuma satu – dulu mereka beli, hari ini mereka bantah. Itu bukan prinsip, itu politik bermusim,” ujarnya.

Beliau menambah, Belanjawan Johor 2026 mengunjurkan hasil negeri sebanyak RM2.55 bilion dengan surplus RM4.45 juta, menunjukkan pengurusan kewangan yang berdisiplin dan pentadbiran negeri yang cekap.

“Johor ada cara Johor. Kita berbelanja bila mampu, berhenti bila perlu dan sentiasa mendahulukan rakyat. Ini yang Armada Johor tidak faham,” kata beliau lagi.

Farkhan juga menempelak kritikan Dr. Sahruddin terhadap belanjawan itu, menegaskan pentadbiran PPBM dahulu gagal meninggalkan legasi kukuh.

“Mengkritik itu hak, tapi mengkritik tanpa cermin diri hanya menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Semasa mereka memerintah, tiada dasar ekonomi jangka panjang, tiada projek besar, dan dasar perumahan hanya ditukar nama tanpa penyelesaian baharu,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti


Beliau turut menekankan kelemahan dalaman PPBM dan Armada Johor yang berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan akar umbi.

“Sesama sendiri pun bercakaran. Kapal parti hampir karam kerana perebutan kuasa. Armada Johor pula kita tidak pasti duduk di kem Tan Sri Muhyiddin atau kem Hamzah Zainudin,” katanya.

Farkhan menegaskan kerajaan negeri Johor kekal stabil, berfungsi berdasarkan rekod sebenar, disiplin fiskal, dan kemampuan pengurusan sebenar.

“Kerajaan negeri bergerak dengan data, rekod dan kemampuan. PPBM dan Armada Johor pula bergerak dengan sensasi, separuh fakta dan politik bayang-bayang. Rakyat Johor semakin matang menilai siapa yang bekerja dan siapa yang hanya mencari publisiti murahan,” katanya.

Dalam nada berseloroh, beliau turut menambah, “Saja nak ‘share’ – Kerajaan Pas Kelantan pun bukan kaleng-kaleng. Exco semua pakai Mercedes, MB ‘upgrade’ S-Class. Handal,” katanya. – UMNO Online

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker