Polis siasat dakwaan wang sedekah biaya aktiviti agama, kebajikan disalah guna untuk jenayah terancang
Polis siasat dakwaan wang sedekah biaya aktiviti agama, kebajikan disalah guna untuk jenayah terancang

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis mendakwa dana yang disalurkan bagi tujuan kebajikan disyaki disalah guna untuk jenayah terancang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada 15 November lalu, jam 11.05 malam di Balai Polis Kuala Terengganu.
Menurutnya, lelaki itu memaklumkan melakukan beberapa transaksi wang simpanan sendiri kepada beberapa individu atau pemilik akaun bank antara 2020 hingga 2025, membabitkan pemindahan wang berjumlah keseluruhan RM148,000 dengan anggapan ia akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan dan majlis agama.
“Dia melakukan pindahan wang secara atas talian sebanyak tujuh kali, keseluruhan berjumlah RM148,000 ke akaun yang diarahkan. Mangsa menjelaskan bahawa tujuan pembayaran itu adalah atas dasar kepercayaan dan niat baik untuk kegunaan majlis agama, pembinaan madrasah serta program bantuan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, mangsa selepas itu memperoleh maklumat bahawa dana berkenaan mungkin disalah guna bagi tujuan peribadi atau aktiviti mencurigakan, termasuk kemungkinan membabitkan pengubahan wang haram atau aktiviti jenayah terancang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
Katanya, mangsa menegaskan bahawa dirinya tiada sebarang hubungan dengan individu dan penama akaun serta tidak terbabit dalam apa-apa aktiviti jenayah.
“Mangsa berasa tertipu dan teraniaya atas kemungkinan berlaku salah guna dana dan memohon polis siasat pihak terbabit. Dia juga memohon menuntut semula jumlah wang yang diberikan sekiranya terbukti berlaku penyelewengan,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Polis siasat dakwaan wang sedekah biaya aktiviti agama, kebajikan disalah guna untuk jenayah terancang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.