Motosikal langgar tiang elektrik, lelaki maut tercampak ke dalam longkang

Motosikal langgar tiang elektrik, lelaki maut tercampak ke dalam longkang

 

SUNGAI BULOH: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di Lorong Melati, Kuang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4.03 petang tadi.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama LC sedang dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumahnya di Tasik Biru Kundang.

“Setiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di kiri bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.​


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


Mohd Hafiz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. O

rang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae, melalui talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh (03-61561222),” katanya.

Motosikal langgar tiang elektrik, lelaki maut tercampak ke dalam longkang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker