Lelaki menyamar pelanggan sebelum larikan rantai, loket emas, dicekup di hotel bajet

Lelaki menyamar pelanggan sebelum larikan rantai, loket emas, dicekup di hotel bajet

Lelaki menyamar pelanggan sebelum larikan rantai, loket emas, dicekup di hotel bajet
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

MELAKA: Taktik seorang lelaki menyamar pelanggan sebelum melarikan cincin serta loket emas Jumaat lalu, terbongkar selepas dicekup dua hari kemudian di sebuah hotel bajet di Melaka Raya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.04 petang, suspek datang ke sebuah kedai emas di Taman Rambai Jaya, di sini, dengan berpakaian kemeja putih biru seolah-olah ingin membuat pembelian.

Menurutnya, suspek pada mulanya berpura-pura memilih rantai leher sebelum menyatakan persetujuan untuk membeli cincin emas 1.17 gram bernilai RM680 dan loket emas 2.3 gram bernilai RM1,300.

“Dia kemudian memaklumkan mahu datang semula ke kedai dan kembali pada jam 6.50 petang, sebelum meminta seorang pekerja wanita penjaga kaunter menunjukkan semula kedua-dua barang kemas berkenaan.

“Namun, ketika pekerja (pengadu) menyerahkan cincin dan loket itu untuk diteliti, suspek tiba-tiba bertindak melarikan diri keluar dari kedai bersama barang kemas berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Christopher berkata, susulan laporan dibuat pengadu pada hari sama jam 8.13 malam di Balai Polis Tanjung Minyak, pihaknya menjalankan Op Pintu Khas dan berjaya menahan suspek berusia 34 tahun itu di sebuah hotel bajet di Jalan Melaka Raya 14 sekitar 6.30 petang semalam.

“Turut dirampas ialah sehelai baju biru, seluar kargo hitam serta wang tunai RM1,050 dalam bentuk 13 keping not RM50 dan empat keping not RM100.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku sengaja menyamar sebagai pelanggan untuk memperdaya pekerja kedai emas.

“Dia mendakwa sudah menjual barang kemas itu kepada seorang wanita ‘ulat emas’ yang dikenalinya melalui Facebook bagi menampung perbelanjaan harian dan sewa bilik hotel,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh itu negatif dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti


“Suspek direman empat hari sehingga 27 November ini bagi membantu siasatan Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri di dalam bangunan,” katanya.

 

Lelaki menyamar pelanggan sebelum larikan rantai, loket emas, dicekup di hotel bajet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker