Jumlah mangsa banjir Kedah meningkat kepada 1,632 orang
Jumlah mangsa banjir Kedah meningkat kepada 1,632 orang

Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,632 orang daripada 525 keluarga yang ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.
Jumlah itu meningkat berbanding 1,207 mangsa daripada 382 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada 12 tengah malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,361 orang di 10 PPS membabitkan 29 kampung.
Kesemua 10 PPS terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Masjid Al Ikhsan Changkat Setoi, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, Dewan Kampung Tradisi, SK Binjal.
Lima lagi PPS baru dibuka di daerah itu ialah Dewan Kodiang dan Dewan Felda Batu 8, Dewan Kampung Tradisi Paya Pahlawan, SK Malau dan Dewan Padang Sera.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kulim semakin berkurangan kepada 271 mangsa daripada 76 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
Setakat ini, dua PPS yang masih aktif di daerah itu ialah Masjid Al Muhtadin Sungai Seluang dan SK Permatang Tok Dik.
Sementara itu, berdasarkan laman web Info Public Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, empat sungai di Kedah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.
Sungai itu ialah Sungai Bata di Kampung Bata; Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu; Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap; dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang.
Jumlah mangsa banjir Kedah meningkat kepada 1,632 orang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
You must be logged in to post a comment.