Dakwa dirogol pemandu e-hailing hanya kerana dimarah keluarga selepas pulang lewat
Dakwa dirogol pemandu e-hailing hanya kerana dimarah keluarga selepas pulang lewat

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita membuat laporan menjadi mangsa rogol pemandu e-hailing dan dipaksa melakukan seks luar tabii sebelum polis mendapati semuanya palsu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata wanita tempatan berusia 25 tahun yang tidak bekerja itu berbuat demikian kerana dimarahi keluarga selepas pulang lewat.
“Kita menerima laporan polis dibuat wanita berkenaan pada jam 10.27 pagi semalam, mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii dalam kereta pemandu e-hailing di kawasan Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai di sini, pada jam 8.30 malam kelmarin.
“Siasatan mendapati pengadu membuat laporan palsu kerana dimarahi keluarganya apabila pulang lewat ke rumah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kumarasan berkata, keterangan wanita itu sudah diambil untuk siasatan lanjut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu.
“Perbuatan membuat laporan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.
Dakwa dirogol pemandu e-hailing hanya kerana dimarah keluarga selepas pulang lewat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.