Cerun setinggi 10 meter runtuh di Jalan Klang Lama

Cerun setinggi 10 meter runtuh di Jalan Klang Lama

Cerun setinggi 10 meter runtuh di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan menyebabkan satu lagi kejadian cerun runtuh dikesan berlaku di Lorong Jugra Dalam di sini, iaitu kira-kira empat kilometer dari lokasi tanah runtuh pertama di Taman United, Jalan Klang Lama.

Tinjauan Bernama mendapati kejadian itu membabitkan cerun setinggi 10 meter bersebelahan Blok D Flat Sri Lempah, menyebabkan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran turut rosak.

Difahamkan kejadian berlaku pada 4 petang tadi dan Bernama mendapati pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling turut berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan itu sebelum tindakan lanjut dilakukan.

Bagaimanapun setakat ini Jabatan Bomba dan Penyelamat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbaharu itu.

Pagi tadi, penghuni dua blok pangsapuri membabitkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan mengosongkan kediaman mereka susulan kejadian cerun runtuh sepanjang 60 meter di kawasan itu yang menimpa dua kereta serta beberapa motosikal.

Cerun setinggi 10 meter runtuh di Jalan Klang Lama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker