Banjir: Mangsa risau anak SPM minta segera dipindahkan

Banjir: Mangsa risau anak SPM minta segera dipindahkan

Banjir: Mangsa risau anak SPM minta segera dipindahkan
BOMBA membantu memindahkan mangsa banjir di kawasan Changlun yang dinaiki air hampir dua meter. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Operasi menyelamat mangsa banjir diteruskan terutama di kawasan Changlun apabila ada kawasan ditenggelami air sedalam hampir dua meter.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, anggota berdepan cabaran terutama ketika memindahkan mangsa pada waktu malam.

Beliau berkata, ada mangsa yang menghubungi pihak bomba malam tadi dengan alasan anak mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

“Anggota kami melakukan operasi penyelamatan bermula jam 8 pagi hingga malam tadi.

“Keadaan paras air agak tinggi dan banjir kali ini agak teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Aminuddin berkata, sehingga kini, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun; Masjid Changkat Setul; Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 8, Dewan Kampung Tradisi Changlun; SK Binjal; Dewan Kodiang, Dewan Felda Batu 8; SK Malau, Dewan Padang Sera dan Dewan Kampung Tradisi Paya Pahlawan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berpindah sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

“Operasi disertai anggota BBP Jitra dan dibantu BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Sungai Petani,” katanya.

Banjir: Mangsa risau anak SPM minta segera dipindahkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker