10 wilayah di Selatan Thailand terjejas banjir
10 wilayah di Selatan Thailand terjejas banjir
BANJIR melanda daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand. – BANGKOK POST
BANGKOK – Air banjir terus meningkat di sebahagian besar kawasan Selatan Thailand yang terjejas teruk akibat hujan yang berterusan, kata Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana(DDPM) hari ini, lapor akhbar Bangkok Post
Menurutnya, setakat pagi tadi, sebanyak 10 wilayah dan kira-kira 1.47 juta orang terjejas akibat banjir
Wilayah yang dilanda banjir di selatan Thailand termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
“Paras air masih meningkat di kebanyakan kawasan kecuali Surat Thani dan Krabi yang menyaksikan banjir semakin surut,” kata DDPM dalam satu kenyataan.
Bilangan isi rumah yang terjejas paling tinggi pula adalah di Nakhon Si Thammarat (194,574), diikuti Songkhla (190,757) dan Phatthalung sebanyak 103,190 isi rumah.
Dalam perkembangan sama, Jabatan Meteorologi Thailand menyatakan, hujan lebat diramal berterusan hari ini sebelum reda antara Isnin hingga Jumaat ini.
Sementara itu, aliran air yang melimpah terus menyebabkan banjir di 11 wilayah di kawasan utara dan tengah Thailand. – AGENSI
10 wilayah di Selatan Thailand terjejas banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
You must be logged in to post a comment.