Wang Kelian terputus hubungan akibat tanah runtuh

Wang Kelian terputus hubungan akibat tanah runtuh

Wang Kelian terputus hubungan akibat tanah runtuh
Jalan utama di Wang Kelian dinaiki air selepas hujan lebat sejak malam semalam. – Foto NSTP/AIZAT SHARIF

WANG KELIAN: Penduduk Wang Kelian terputus hubungan selepas jalan utama di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan Kampung Wang Kelian mengalami tanah runtuh.

Tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat luar biasa yang berlaku di sekitar Wang Kelian sejak malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, hujan berterusan mengakibatkan tanah runtuh di sekitar laluan bercerun dari View Point Wang Kelian ke kawasan kampung di situ.

“Malah, terdapat juga kejadian pokok tumbang di Jalan Wang Kelian, sehingga menyebabkan laluan terputus sementara.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di negeri ini susulan banjir yang melanda beberapa kawasan khususnya di Wang Kelian berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


Wang Kelian terputus hubungan akibat tanah runtuh
Beberapa laluan utama dari Padang Besar menghala ke Wang Kelian termasuk kediaman penduduk dilanda banjir. – Foto NSTP/AIZAT SHARIF.

“PPS yang diaktifkan itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Sireh dan SK Titi Tinggi yang menempatkan 120 penduduk membabitkan 20 keluarga dari Kampung Wang Kelian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga jam 3 petang ini, empat sungai di negeri ini iaitu Sungai Pelarit, Sungai Chuchoh, Timah Tasoh dan Sungai Jarum dilaporkan berada pada paras bahaya.

“Selain kediaman penduduk dan kenderaan ditenggelami air, beberapa laluan juga dinaiki air dan menyukarkan kenderaan keluar masuk.

“Beberapa kawasan sawah padi turut terjejas dan dalam masa sama, beberapa lokasi peranginan dan rekreasi seperti Gua Kelam turut terjejas dan terpaksa ditutup sehingga dimaklumkan kelak demi keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, selain polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pertahanan Awam (APM) dan beberapa agensi lain turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu memindahkan mangsa terbabit.

“Setiap mangsa terbabit diberi beberapa bantuan seperti makanan, pakaian, kelengkapan asas dan turut menjalani pemeriksaan kesihatan di PPS,” katanya.

Wang Kelian terputus hubungan akibat tanah runtuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker