Verstappen puas juara Las Vegas
Verstappen puas juara Las Vegas

Las Vegas: Setahun selepas mengesahkan kejuaraan dunia pemandu keempat berturut-turut di Strip, pelumba Red Bull Max Verstappen mencerahkan sedikit peluang untuk gelaran kelima apabila mempamerkan aksi cemerlang di Grand Prix (GP) Las Vegas, awal pagi tadi.
Harapan itu melonjak selepas McLaren milik Lando Norris dan Oscar Piastri dibatalkan susulan pemeriksaan pasca perlumbaan FIA mendapati ketebalan skid plate bahagian belakang kereta mereka kurang daripada syarat minimum.
Sewaktu Verstappen menamatkan sidang media selepas perlumbaan pada Sabtu, dia berada 36 mata di belakang Norris dan di tangga ketiga keseluruhan walaupun meraih lapan podium berturut-turut dan tiga kemenangan dalam empat perlumbaan terakhir. Kejuaraan masih bukan fokus utama, tetapi dia bangga dengan peningkatan Red Bull pada penghujung musim.
Kemudian, seolah-olah mendapat tuah, kedua-dua pemandu McLaren yang berada di hadapannya dalam perebutan kejuaraan dipanggil steward FIA dan disingkirkan.
Norris, yang meninggalkan acara ‘pascarace’ dengan keyakinan akan tiba di Qatar minggu depan dalam kedudukan boleh mengesahkan kejuaraan, kini hanya berbaki 24 mata mendahului Verstappen yang kini terikat mata dengan Piastri pada 366 mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
Verstappen memanfaatkan insiden pusingan pertama membabitkan Norris untuk merangkul kemenangan, memastikan dia berada pada posisi sempurna untuk mengambil kesempatan daripada kesilapan kejuruteraan McLaren.
Norris, pemegang petak pertama dan pendahulu kejuaraan, membuat aksi bertahan yang boleh dianggap terlalu agresif cuba menutup ruang Verstappen di bahagian dalam. Akibatnya, Norris terbabas seketika dan kembali ke trek di tempat ketiga selepas Verstappen merampas pendahuluan dan George Russell (Mercedes) naik ke P2.
Norris merampas semula P2 daripada Russell pada Pusingan 34 dan cuba memburu Verstappen pada lewat perlumbaan, tetapi usahanya sia-sia apabila Verstappen terus meluaskan jurang. Norris kekal di tempat kedua meskipun berdepan isu bahan api di penghujung perlumbaan.
Walaupun rentak dua kemenangan berturutan Norris terhenti, dia menambah enam mata ke atas Piastri dan membawa kelebihan 30 mata menjelang GP Qatar minggu depan.
Kemenangan di Vegas merupakan podium kelapan berturut-turut Verstappen dan kemenangan keempat dalam tujuh perlumbaan terakhir. Juara empat kali itu masih ancaman utama dalam perebutan gelaran. Masih ada 58 mata maksimum yang boleh diraih dalam dua minggu perlumbaan terakhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
Verstappen sudah pun menegaskan sebelum perlumbaan dia tidak memikirkan peluang tipis kejuaraan dan mengulanginya selepas menang. Baginya, momentum hujung musim ini adalah persediaan terbaik menuju musim 2026 yang lebih konsisten.
“Dari pertengahan 2024 sampai pertengahan 2025, kami lebih banyak tak naik podium daripada naik,” kata Verstappen sebelum pembatalan Norris dan Piastri diumumkan.
“Sekarang, sekurang-kurangnya kami sentiasa bersaing untuk tempat kedua atau ketiga. Itu langkah besar buat kami. Patut dari awal, tapi malangnya permulaan kami tak menjadi,” katanya lagi.
Verstappen puas juara Las Vegas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.