Tiga penyamun Geng DT tetak polis ditembak mati di ladang sawit
Tiga penyamun Geng DT tetak polis ditembak mati di ladang sawit

MELAKA: Tiga penjenayah kes samun paling dikehendaki ditembak mati selepas menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, awal pagi tadi.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata ketiga-tiga suspek ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.
Beliau berkata, suspek bersenjatakan parang panjang terdiri dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun dikenali Geng DT.
“Seorang anggota polis cedera serius akibat ditetak pada tangan kiri yang mana ia hampir meragut nyawanya.
“Polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, menyebabkan tiga suspek mati di tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
Beliau berkata, Geng DT dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah, kilang dan kedai makan sejak 2024 dengan anggaran kerugian mencecah RM1.3 juta.
“Suspek dipercayai menggunakan modus operandi bergerak secara berjalan kaki sambil membawa senjata untuk menyamun premis sasaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.
Tiga penyamun Geng DT tetak polis ditembak mati di ladang sawit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.