Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz

Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz

Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz

TUARAN, 24 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa semua jentera parti berusaha keras dengan tekad merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan juga mempertahankan maruah kemenangan parti di DUN Pantai Dalit.

Ujar Menteri Besar Johor itu, walaupun ramai yang menyatakan sukar, tetapi beliau percaya BN mempunyai peluang cerah untuk menang dengan menampilkan calon Dr Shahnon Rizal Thaijudin di DUN Sulaman dan begitu juga Alfian Sambas bagi DUN Pantai Dalit.

 

“Sebelum ini orang kata kawasan Sulaman ini adalah kawasan yang susah untuk Barisan Nasional menang. Hampir mustahil. Melihat laporan-laporan kita mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi ini.

“Dan sebagai calon muda, kita sendiri lihat beliau (Dr Shahnon) bersemangat kuat untuk berdepan, untuk berjuang. Beliau sedikit pun tidak gentar. Beliau tidak goyah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra Pengerusi BN Johor bersama jentera BN Parlimen Tuaran, di sini, Ahad petang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


Seterusnya kata Onn Hafiz, jentera BN termasuk di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga mesti wujud perasaan tidak gentar dan berjuang habis-habisan demi kemenangan.

“Kita kena berjuang, berjuang habis-habisan untuk memastikan bahawa calon kita, Dr Shahnon menang dengan majoriti yang membanggakan, insya-Allah.

“Apa pun keadaan, yang menentukan bukan kita. Yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Kita perlu berusaha. Dan saya yakin, insya-Allah kalau kita ikhlas berjuang pada 29 haribulan, Dr Shahnon akan dinobatkan sebagai calon yang menang untuk kawasan Sulaman,” ujarnya lagi.

Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz

Begitu juga katanya bagi DUN Pantai Dalit yang menjadi kerusi tradisi milik BN.

“Untuk kawasan DUN Pantai Dalit Alfian Sambas. Dan saudara Alfian bertembung dengan sepupunya. Tapi lawan tetap lawan. Jangan toleh ke belakang. Dalam tempoh seminggu ini, dia adalah lawan kita yang perlu kita tangani dan BN mesti menang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit


“Ini maruah kita kerana Pantai Dalit Barisan Nasional tak pernah kalah. Kukuh kuat UMNO Barisan Nasional dan kita mempertahankan sampai habis-habisan,” tegasnya lagi.

Sebagai rekod, DUN Sulaman kini disandang oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (GRS) yang dipegangnya sejak tahun 1990.

Manakala DUN Pantai Dalit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 lalu, dimenangi oleh Datuk Jasnih Daya atas tiket BN tetapi kemudiannya beliau lompat ke parti GRS.

Tambah Onn Hafiz, apa yang penting menjelang hari pengundian pada 29 November nanti, semua jentera perlu merapatkan saf dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan calon-calon BN menang.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 29 November sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Sabah.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November lalu, manakala hari mengundi awal pada Selasa ini.

PRN Ke-17 Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampikan 80 peratus calon muka baharu. – UMNO ONLINE

Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker