PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee

KUALA PENYU, 24 Nov – Semua jentera Barisan Nasional (BN) di Kuala Penyu diseru memberi tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuh kesatuan dan gerak kerja parti menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.
Seruan itu dibuat bagi memastikan kemenangan calon BN bagi DUN N.33 Kuala Penyu, Datuk Awang Aslee Lakat, yang kini mengetuai usaha mengembalikan semula dominasi BN selepas lebih 34 tahun kawasan itu tidak ditandingi UMNO/BN.
Dalam program ceramah bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam, Awang Aslee menegaskan bahawa faktor paling penting pada saat-saat akhir ini ialah kesepaduan jentera.
“Kita sudah menunggu 34 tahun untuk UMNO/BN kembali bertanding di Kuala Penyu. Kini peluang itu telah tiba. Apa yang paling penting hari ini adalah kesatuan jentera, bukan individu,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan BN di Kuala Penyu hanya boleh digerakkan melalui semangat sepasukan yang kukuh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
“Kita ibarat lidi. Kalau sebatang, mudah patah. Tetapi bila banyak, diikat bersama, ia sukar dipatahkan. Begitu jugalah jentera BN iaitu bila bersatu, kita tidak mudah digugat,” tegasnya.
Awang Aslee turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera yang bekerja tanpa mengharapkan imbuhan, namun tetap menunjukkan komitmen luar biasa dalam persiapan menghadapi PRN Sabah.
“Terima kasih kepada semua jentera yang sudah lama bersedia. Kita tinggal lima hari sahaja lagi. Inilah masanya untuk kita lipatgandakan usaha, turun bertemu pengundi dan bisikkan kepada mereka untuk undi BN,” ujarnya.
Beliau juga menekankan bahawa rekod pembangunan BN di Sabah adalah termasuk pembinaan Jalan Beaufort–Menumbok, Jambatan Setumpok, hospital, balai bomba dan pembangunan infrastruktur penting di kawasan sekitar.
Menurut Awang Aslee, pengundi di Kuala Penyu sebenarnya merindui pentadbiran BN yang banyak membawa pembangunan kepada rakyat.
“Jangan sia-siakan peluang ini. Fokus kita hanya satu iaitu kukuhkan kesatuan jentera dan pastikan BN menang di Kuala Penyu,” katanya lagi. – UMNO Online
PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.