Polis serbu rumah dijadikan makmal dadah, tahan 2 suspek termasuk ahli kimia
Polis serbu rumah dijadikan makmal dadah, tahan 2 suspek termasuk ahli kimia

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang membongkar makmal pemprosesan dadah jenis heroin dengan dua lelaki termasuk seorang ahli kimia ditahan dalam dua berasingan serbuan berasingan di Seberang Perai Tengah, di sini serta Kulim di Kedah.
Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bermula jam 4 petang kelmarin hingga 5 pagi semalam.
“Dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai ahli kimia yang memproses dadah di sebuah kediaman di Bukit Mertajam.
“Pemeriksaan menemukan tiga bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dadah disyaki pati heroin dengan anggaran berat 400 gram (g), empat bungkusan plastik serbuk dan ketulan heroin seberat 1,800g, tiga keping kertas mahjong di atasmya terdapat serbuk dan ketulan dadah berwarna putih serta kuning juga disyaki heroin seberat 3,288g.
“Polis turut menemui satu besen besi berwarna kuning mengandungi serbuk dan ketulan dadah jenis heroin seberat 297g, dua bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk kafein dianggarkan seberat 20,000g dan bahan cecair kimia serta peralatan memproses dadah,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
Azizee berkata, soal siasat lanjut ke atas suspek kemudian membawa kepada serbuan susulan di mana seorang lagi lelaki yang berperanan sebagai ‘runner’ ditahan di Kulim, Kedah.
“Pemeriksaan terhadap motosikal suspek menemukan satu bungkusan plastik lutsinar di dalamnya mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 250g.
“Semua dadah dirampas dalam kedua-dua serbuan ini dianggarkan bernilai RM120,600,” katanya.
Beliau berkata, risikan mendapati sindiket aktif sejak Ogos lalu, dengan ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah.
Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 28 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis serbu rumah dijadikan makmal dadah, tahan 2 suspek termasuk ahli kimia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.