Petronas nafi taja liga Bangladesh
Petronas nafi taja liga Bangladesh

Kuala Lumpur: Petronas akhirnya tampil memperjelaskan keadaan susulan dakwaan tular di media sosial kononnya syarikat itu menjadi penaja gelaran liga bola sepak utama Bangladesh.
Spekulasi itu tercetus selepas beberapa hantaran memaparkan logo Petronas dikaitkan dengan struktur penjenamaan baharu liga berkenaan, sekali gus mengundang kekeliruan dalam kalangan peminat bola sepak.
Namun, dalam kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Petronas menegaskan tiada sebarang perjanjian penajaan dimeterai dengan Liga Bola Sepak Bangladesh.
Menurut syarikat minyak dan gas negara itu, penggunaan nama serta jenama Petronas yang tersebar sebelum ini tidak pernah mendapat kebenaran, malah pihaknya langsung tidak terlibat dalam rundingan berkaitan liga tersebut.
“Petronas tidak memasuki apa-apa perjanjian penajaan untuk Liga Bola Sepak Bangladesh, dan kami tidak memberi kebenaran untuk penggunaan nama atau jenama Petronas berhubung liga berkenaan,” tegas kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
Syarikat itu turut memaklumkan bahawa mereka memandang serius integriti jenama, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyebaran maklumat tidak sahih di platform digital.
“Petronas mengambil serius integriti jenama kami dan akan terus memberi fokus untuk menyampaikan nilai kepada komuniti serta pemegang taruh di mana kami beroperasi,” jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan ini sekali gus menamatkan spekulasi yang sebelum ini membawa pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan bahawa Petronas bakal memasuki pasaran bola sepak Asia Selatan.
Sebelum ini, Petronas urut mencuri tumpuan dunia apabila memperkenalkan kotak korporat eksklusif di Stadium Allianz Juventus, Itali, yang menjadi antara ruang hospitaliti korporat paling premium di Eropah.
Usaha berprofil tinggi itu dilaksanakan menerusi anak syarikatnya, Petronas Lubricants International (PLI), hasil kerjasama dengan kelab gergasi Serie A, Juventus, sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh hubungan dengan pelanggan serta pengedar di pasaran Eropah.
Petronas nafi taja liga Bangladesh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.