MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig

MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig

MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig

SANDAKAN, 24 Nov – Setiausaha Agung Majlis Ekonomi GiG Malaysia, Fairuz Jamaludin melahirkan raa syukur apabila MyGig Ekonomi Chapter Sabah berjaya dilancarkan pada Sabtu selain berjaya menghimpunkan lebih 200 penggiat ekonomi berkenaan.

Menurut beliau kejayaan berkenaan merupakan lembaran baharu kepada usaha yang dirintis sekian lama bersama barisan jawatankuasa yang diterajui Pengerusi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“Kita sebenarnya sedang mencipta satu lembaran sejarah baharu. My Gig baru sahaja ditubuhkan dua bulan lalu di Semenanjung, dan hari ini kita membawa Majlis Ekonomi Gig Malaysia atau My Gig ke Sabah. Maka, hari ini secara rasminya merupakan hari penubuhan MyGeek Chapter Sabah, dan kita mulakan perjalanan ini di Sandakan.

“Program pada hari ini berjaya menghimpunkan seramai 200 peserta yang terdiri daripada pekerja e-healing, p-healing serta pengamal terapi tradisional, dengan kerjasama PERKESO. Tujuan utama kita adalah memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pekerja Gig ini tentang kepentingan mencarum bersama PERKESO.

“PERKESO memainkan peranan besar dalam memastikan keselamatan sosial para pekerja Gig di Malaysia, dan inisiatif ini adalah langkah penting untuk memperkukuhkan perlindungan mereka,” katanya kepada UMNO-Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit


Semalam Majlis Ekonomi Gig Malaysia atau My Gig Chapter Sabah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di Sandakan.

Dalam pada itu menerusi kenyataan media berasingan beliau memaklumkan pelbagai luahan hati serta aduan daripada penggiat industri berkenan dilontarkan sepanjang pertemuan berkenaan.

“Saya sempat mendengar luahan hati akar umbi yang cukup kritikal. Isu yang dibangkitkan di sini “panas” dan mendesak. Antaranya :

  1. Isu BUDI95: Kuota 300 Liter Tak Cukup!Rata-rata rakan pemandu dan penghantar meluahkan rasa tertekan. Isu utamanya adalah kuota 300 liter sebulan yang sememangnya tidak mencukupi bagi mereka yang mencari rezeki sepenuh masa di jalanan.
  2.  Perang Harga & Kos OperasiKita berdepan “double trouble”. Di satu sudut, kadar tambang makin menurun dan upah pekerja gig tidak setimpal. Di sudut lain, kos insurans e-hailing semakin membebankan. Duit masuk sikit, duit keluar banyak. Ini matematik yang tidak adil untuk pekerja.
  3.  Infrastruktur & Keselamatan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


Jalan raya di Sabah mencabar. Kos penyelenggaraan kenderaan meningkat mendadak, malah keselamatan rakan-rakan terancam akibat kerosakan jalan. Lebih parah, anda dihimpit dengan peraturan yang bertindih dan penguatkuasaan agensi yang tidak seragam.

Kata beliau lagi pihaknya bukanlah datang semata-mata untuk mendengar malah bersama-sama mencari jalan serta pelan tindakan.

“Kami tidak datang untuk mendengar semata-mata. Kami datang dengan pelan tindakan Antaranya :

  1. Kajian Kadar Lantai (Floor Price):
    Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang giat menjalankan kajian ini. Keputusan dijangka keluar pada Disember 2025. Saya tegaskan di sini, MyGig akan memantau rapat dapatan ini. Kita mahu harga yang adil, bukan harga yang menindas!
  2. Desakan Penubuhan SEGIM:
    Kita tidak boleh lagi bergantung pada “garis panduan”. Kita perlukan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGIM) yang ada kuasa undang-undang untuk mengawal selia platform dan membela pekerja.
  3. Pusat Data Nasional:
    Pendaftaran ahli di Sabah hari ini amat kritikal. Tanpa data yang lengkap, sukar untuk kerajaan salurkan bantuan tepat kepada sasaran, terutamanya rakan-rakan yang bekerja secara offline (seperti terapi tradisional).

“Semua dasar dan solusi ini memerlukan satu ramuan utama iaitu kestabilan politik. Formula yang sama kita perlukan di Sabah. Kita perlukan jambatan yang kukuh antara Kota Kinabalu dan Putrajaya untuk memuktamadkan isu-isu ini,” ujarnya.- UMNO Online

MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker