Maut dibelasah di pusat hiburan
Maut dibelasah di pusat hiburan

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dan dipukul dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan tular dan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki sebelum dipukul menggunakan kerusi dan kotak.
Rakaman CCTV selama satu minit 26 saat itu turut memaparkan mangsa berlari masuk ke kawasan kaunter untuk meminta bantuan, namun dikepung dan dibelasah bertubi-tubi sehingga rebah.
Seorang kakitangan pusat hiburan turut dilihat cuba menghalau kumpulan terbabit dan sebaik mereka beredar, mangsa dilihat tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital akibat kecederaan parah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
“Kami sedang mengenal pasti jumlah individu terbabit dan meneliti rakaman CCTV untuk mengesan identiti suspek serta punca kejadian,” katanya.
Azahar turut meminta saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Maut dibelasah di pusat hiburan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.