Lelaki ditemukan lemas kereta terbabas dalam parit

Lelaki ditemukan lemas kereta terbabas dalam parit

Lelaki ditemukan lemas kereta terbabas dalam parit

CHANGLUN: Lelaki ditemukan lemas selepas kereta Nissan Almera yang dipandunya terbabas sebelum tenggelam dalam parit berhampiran Taman Jelutong, di sini hari ini.

Mangsa dikenali pasti sebagai Muhammad Faiz Zainal, 36, dari Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam.

Ketua Polis Daerah Kupang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.07 pagi tadi.

Beliau berkata, berikutan itu pada jam 3.26 pagi, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sampai di lokasi dan mendapati kereta terbabit tenggelam di lokasi kejadian.

“Pihak bomba dan ambulans juga turut sampai ke lokasi kejadian. Arus sungai ketika itu agak deras dan bahaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Radzi berkata, mangsa ditemukan meninggal dunia di tempat duduk pemandu dalam kereta yang tenggelam itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Lelaki ditemukan lemas kereta terbabas dalam parit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker