Legenda bola sepak jual pingat kemenangan akibat desakan hidup

Legenda bola sepak jual pingat kemenangan akibat desakan hidup

Bekas pertahanan Liverpool, Steve Finnan menjadi tumpuan minggu ini
FINNAN antara pemain yang membantu Liverpoo menjuarai Liga Juara-Juara di Istanbul. FOTO AFP

London: Bekas pertahanan Liverpool, Steve Finnan menjadi tumpuan minggu ini selepas menjual medal Liga Juara-Juara yang dimenanginya di Istanbul berikutan pertikaian keluarga dan tekanan kos guaman yang semakin meningkat.

Tindakannya itu sekali lagi membuka topik mengenai pemain bola sepak yang terpaksa melepaskan memorabilia paling berharga ketika hidup selepas persaraan menjadi semakin sukar.

Finnan bukanlah kes terpencil. Sepanjang sejarah bola sepak, ramai bintang ternama turut mengambil langkah sama daripada pemenang Piala Dunia England 1966 hinggalah legenda Brazil, Pele. Medal yang sebelum ini disimpan sebagai warisan keluarga akhirnya berakhir di bilik lelong.

Gordon Banks, antara penjaga gol terhebat dunia, menjual medal Piala Dunia 1966 pada 2001 demi membantu anak-anaknya membeli rumah pertama. Pendapatan kariernya ketika zaman bermain tidak pernah melebihi £100 (RM542) seminggu menyebabkan tekanan kewangan muncul selepas persaraan.

Perniagaan selepas bola sepak gagal, dan demi menyara anak-anaknya, Banks terpaksa membuat keputusan yang tidak pernah dibayangkannya. Pada 2001, beliau melelong medal Piala Dunia 1966 di Christie’s dan ia terjual pada harga £124,750 (RM676,817).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti


Rakan sepasukannya, George Cohen, turut berdepan situasi sama dan melelong medal Piala Dunia pada 1998 selepas masalah kesihatan dan kerugian pelaburan. Fulham membeli medal itu dengan harga £80,000 (RM434,000) bagi menghormati sumbangannya.

Sir Geoff Hurst, satu-satunya pemain yang menjaringkan hatrik dalam final Piala Dunia, turut menjual medalnya kepada West Ham sekitar £150,000 (RM813,000) demi membantu anak-anaknya. Beliau mengakui keputusan itu dibuat tanpa penyesalan.

Pele pula melelong keseluruhan koleksi lebih 2,000 memorabilia pada 2016, termasuk ketiga-tiga medal juara Piala Dunia miliknya. Jualan berskala gergasi itu membolehkan peminat dan muzium seluruh dunia mempamerkan sejarah kariernya.

Alan Ball, seorang lagi pemain skuad 1966, menjual medal dan capnya pada 2005, manakala nilai kedua-dua item itu meningkat ketara ketika dilelong semula pada 2022. Situasi sama turut berlaku kepada Trevor Francis dan Gordon McQueen apabila koleksi mereka dilelong keluarga selepas kematian.

Bagi sebahagian mereka, keputusan itu dibuat kerana tekanan kewangan. Bagi yang lain, ia atas keinginan untuk memastikan sejarah mereka terus dikongsi generasi baru.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


Namun pola yang muncul jelas, semakin ramai bekas pemain terpaksa melepaskan medal yang suatu ketika dulu menjadi simbol kejayaan mereka.

Ia menjadi gambaran realiti kehidupan selepas persaraan, apabila nilai sentimental terpaksa mengalah kepada keperluan hidup.

Legenda bola sepak jual pingat kemenangan akibat desakan hidup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker