Komisen tak dapat, simpanan hampir RM100,000 lebur
Komisen tak dapat, simpanan hampir RM100,000 lebur

KUALA LUMPUR: Nasib malang menimpa seorang kerani wanita apabila harapan untuk mendapatkan komisen tidak kesampaian malah wang simpanan pula lebur ditipu sindiket tipu kerja sambilan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 44 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu jam 4.49 petang semalam.
Menurutnya, pada 13 November lalu kira-kira jam 6 petang ketika mangsa berada di rumahnya di daerah ini menerima pesanan daripada WhatsApp berkenaan penjanaan pendapatan tambahan.
Katanya, mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram jabatan kewangan dan ‘kumpulan RM205 tugasan misi’.
“Mangsa diberi penerangan berkenaan kerja sambilan bagi menjana pendapatan di mana mangsa di minta untuk mengeluarkan modal pembelian dan wang mangsa akan di kembalikan berserta komisen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
“Sebagai ejen, mangsa di janjikan komisen sebanyak 20 peratus dari modal yang di keluarkan untuk setiap tugasan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian diminta untuk membuat tugasan dengan memilih barang yang perlu dibeli.
Azli berkata, selepas memilih barang yang perlu di beli, mangsa di minta untuk membuat bayaran ke akaun bank yang diberikan.
Beliau berkata pada 15 hingga 20 November lalu mangsa membuat bayaran ke beberapa akaun bank berjumlah RM94,569.
“Selepas membuat bayaran mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM50,000 bagi mendapatkan semula kesemua wangnya yang dibuat sebelum itu namun mangsa tidak berbuat demikian.
“Mangsa tidak membuat bayaran tambahan berikutan masih belum menerima kembali wangnya dan komisyen yang di janjikan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
“Namun selepas itu mangsa menyedari sudah di tipu dalam urusan kerja sambilan tersebut sehingga mengalami kerugian sebanyak RM94,569,” katanya.
Beliau berkata, sumber kewangan mangsa adalah wang simpanannya sendiri dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Komisen tak dapat, simpanan hampir RM100,000 lebur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.