Jumpa cebisan TV, pisau dalam perut buaya
Jumpa cebisan TV, pisau dalam perut buaya

JAKARTA – Pasukan bomba Indragiri Hilir, wilayah Riau terkejut apabila menemui puluhan barang aneh termasuk cebisan televisyen di dalam perut seekor buaya gergasi, lapor portal berita Ini Riau.
Bangkai buaya seberat 595 kilogram dan panjang 5.7 meter itu ditemukan oleh penduduk tempatan di Sungai Undan, baru-baru ini.
Ketua Dinas Pemadam Kebakaran dan Penyelamat (DPKP) tempatan, Junaidi berkata, penemuan dibuat ketika anggota-anggota bomba memeriksa organ dalaman reptilia itu.
“Kami menemui berpuluh-puluh barang aneh termasuk 20 beg plastik, guni, penutup botol minuman, pisau kecil, mata lembing dan cebisan televisyen.
“Kami mengesyaki sampah membuatkan buaya ini jatuh sakit sehingga mati kerana tiada tulang haiwan atau manusia di dalam perutnya,” kata Junaidi.
Bangkai dikenali sebagai Si Undan itu telah dihantar ke Jakarta untuk penyelidikan lanjut. – AGENSI
Jumpa cebisan TV, pisau dalam perut buaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
You must be logged in to post a comment.