Jeeno juara Jelajah LPGA

Jeeno juara Jelajah LPGA

Jeeno juara Jelajah LPGA
JEENO di samping trofi kemenangan ketika sidang media di Naples, Florida. FOTO AFP

Miami: Pemain nombor satu dunia, Jeeno Thitikul menjuarai Kejohanan Jelajah LPGA buat kali kedua berturut-turut mengatasi rakan senegara dari Thailand, Pajaree Anannarukarn untuk meraih hadiah bernilai AS$4 juta (RM16 juta), hadiah terbesar dalam golf wanita.

Jeeno mencatat empat-bawah par 68 untuk menamatkan 72 lubang di Tiburon Golf Club di Naples, Florida, dengan jumlah 26-bawah 262 dan mengatasi Pajaree dengan empat pukulan, awal pagi tadi.

“Saya suka padang golf ini,” kata Jeeno. “Bermain di sini dalam kejohanan terakhir tahun ini memberikan saya tenaga yang sangat baik.”

Satu-satunya pemain lain yang pernah memenangi kejuaraan ini dua kali berturut-turut ialah bintang Korea Selatan Ko Jin-young pada 2020 dan 2021.

Kemenangan ini gelaran ketujuh dalam kerjaya Jeeno di LPGA dan yang ketiga tahun ini, terbanyak dalam musim selepas Mizuho Americas Open pada Mei dan kemenangan di Shanghai bulan lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca


Kecederaan pergelangan tangan minggu lalu membuatkan Jeeno risau sama ada dia mampu beraksi di kejohanan ini.

“Minggu lepas di Dallas saya risau kalau-kalau saya tak dapat bermain minggu ini,” katanya. “Tetapi mungkin itulah titiknya, saya tak berfikir terlalu jauh atau meletakkan harapan tinggi. Saya cuma rasa ‘saya boleh bermain’, dan itu sudah cukup baik.”

Dalam pada itu, Pajaree tetap gembira dengan kedudukan naib juara selepas hampir tercicir daripada kelayakan.

“Hebat dapat berada dalam persaingan dan cuba mengejar Jeeno,” kata Pajaree. “Dia bermain dengan sangat baik dan saya gembira dengan kedudukan saya. Minggu ini benar-benar luar biasa.”

Jeeno juara Jelajah LPGA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker