Ikan keli ‘menyerah’ masuk rumah

Ikan keli ‘menyerah’ masuk rumah

Ikan keli ‘menyerah’ masuk rumah

Ikan keli ‘menyerah’ masuk rumah
Tangkap layar video menunjukkan dua ekor ikan keli yang berenang di bahagian ruang tamu. – VNExpress

BANGKOK – Seorang pemilik rumah di Thailand terkejut apabila menemui dua ekor ikan keli muncul secara tiba-tiba di dalam kediamannya yang ditenggelami banjir, lapor portal berita VNExpress.

Penemuan itu dibuat selepas dia pulang ke rumah daripada tempat kerja.

“Selepas membuka pintu, saya menemui dua ikan keli besar berenang di ruang tamu,” katanya.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan ikan-ikan itu berenang dengan santai seolah-olah kawasan itu adalah kolamnya.

Dia berasa gembira kerana ada menu tambahan untuk makan malamnya.

Hujan lebat berterusan di Thailand menyebabkan paras air meningkat sekali gus memberi akses kepada ikan untuk menyelinap masuk ke dalam rumah bagi mencari perlindungan daripada air deras. – AGENSI

Ikan keli ‘menyerah’ masuk rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker