FAM berdepan aib lebih besar jika empat negara jumpa bukti
FAM berdepan aib lebih besar jika empat negara jumpa bukti

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdepan kemungkinan lebih memalukan jika siasatan pihak berkuasa di empat negara lain mengesahkan wujudnya unsur jenayah dalam skandal pemalsuan dokumen pemain warisan.
Bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berkata, sekali pun Malaysia gagal menemui bukti kukuh, kedudukan tetap memihak kepada keputusan luar jika negara lain menemui kesalahan yang boleh didakwa.
“Terpulang kepada pihak berkuasa kita. Kalau kita tak jumpa apa apa, bagaimana pula kalau empat negara lain dapat hasil sebaliknya?
“Ia jadi 4-1. Dalam bola sepak pun, keputusan itu menunjukkan kita sudah kalah,” katanya.
FIFA sebelum ini mengesyorkan siasatan dibuat membabitkan lima negara membabitkan Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia selepas pendedahan mengenai dokumen meragukan tujuh pemain warisan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rampas DUN Sulaman, Pertahankan Maruah BN Di Pantai Dalit – Onn Hafiz
- Manifesto BN Pilih Pendekatan “Bikin Balik Sabah”, Tangani Isu Utama – Ahmad Zahid
- Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
Ketika ini FAM masih dibayangi persoalan sama: siapa dalang sebenar yang bertanggungjawab memalsukan dokumen berkenaan.
Ridzuan berkata, FAM tidak boleh terus bertegas atau mempertahankan diri hingga mahu membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), sedangkan laporan FIFA sendiri menunjukkan berlaku ‘kesilapan’.
“Siapa pun boleh buat salah dan kita pun akui berlaku kesilapan. Jadi terima saja hukuman. Kita tak boleh lawan FIFA. ‘Jari’ mereka lebih besar, mereka ada akses kepada data di mana mana.
“Kalau bawa ke CAS, kita akan lebih malu, jadi bahan ketawa, dan hukuman mungkin bertambah berat,” katanya.
Beliau turut menyindir tindakan awal FAM menggantung Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman, yang disifatkan tidak masuk akal kerana jawatan itu bukan pemegang kuasa utama dalam urusan pengeluaran dokumen pengenalan.
“Mula mula gantung Setiausaha Agung. Orang pun tertanya tanya, besar mana kuasa Setiausaha Agung untuk minta KDN keluarkan kad pengenalan? Cari ‘kambing hitam’ tetapi orang sebenar tak kena,” katanya.
FAM berdepan aib lebih besar jika empat negara jumpa bukti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
You must be logged in to post a comment.