Anak meninggal dunia selepas mengebumikan jenazah ibu

Anak meninggal dunia selepas mengebumikan jenazah ibu

Anak meninggal dunia selepas mengebumikan jenazah ibu
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai mengusung kedua-dua jenazah ke sebuah tanah perkuburan. – TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Banyumas, wilayah Jawa Tengah memaparkan detik menyayat hati apabila seorang askar meninggal dunia selepas mengebumikan jenazah  ibunya, lapor portal berita INews.

Kejadian berlaku di kejiranan Pekuncen, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @majlis.ilmuwongtuawahan menunjukkan askar dikenali sebagai Handito itu mengusung keranda mengandungi jenazah ibunya ke tanah perkuburan.

Menurut perakam, wajah Handito mula pecat ketika mengusung arwah ibunya.

“Selepas mengebumikan Allahyarham, Handito meninggal dunia. Dia mengikut arwah ibunya seolah-olah tidak mahu berpisah,” katanya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 6.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Ikatan kuat antara ibu dan anak,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Anak meninggal dunia selepas mengebumikan jenazah ibu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker